Logo Halal JAKIM

Logo Halal JAKIM

Saturday 4 February 2012

Produk RAMLY


Profil Syarikat

RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD adalah industri Bumiputra yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama RAMLY.

Diasaskan pada tahun 1984 oleh Dato' Haji Ramly B. Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu. Kini syarikat ini telah mempunyai kilang pemerosesan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan daripada pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama RAMLY kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan di persada antarabangsa.




Senarai Produk Ramly:


Nuget Ayam

"Nuget Ayam Salutan Tempura" telah mendapat Anugerah Khas - Anugerah Produk Cemerlang anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar di MAHA 2008.

harga di sini:
Rm11.80

Nuget Lembu


Nuget Daging Ramly merupakan perintis kepada nuget daging di Malaysia dan hanya Ramly yang menjual nuget lembu di Malaysia.
Ramuan Nuget Lembu: Daging Lembu, Protein Soya, Minyak Sayuran, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan

harga di sini:
Rm11.80


Burger Ayam


Burger Ayam Ramly yang pertama dikeluarkan ialah dalam tahun 1979 dan ia adalah salah satu produk pertama yang dikeluarkan oleh Ramly.

Ramuan Burger Ayam: Daging Ayam, Protein Kacang Soya, Rempah dan Garam. Mengandungi Bahan Perisa dan Kondisioner Makanan yang dibenarkan. 




Burger Daging

Burger Ayam Ramly yang pertama dikeluarkan ialah dalam tahun 1979 dan ia adalah salah satu produk pertama yang dikeluarkan oleh Ramly.
Ramuan Burger Lembu: Daging Lembu, Protein Kacang Soya, Rempah dan Garam. Mengandungi Bahan Perisa, Pewarna dan Kondisioner Makanan yang dibenarkan.


Frankfurter Ayam 

Ramuan Frankfurter Ayam: Daging Ayam, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung Terubahsuai dan Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa (E450,E451,E452) dan Pengawet Makanan (E250, E252) yang dibenarkan. 

Frankfurter Lembu


Ramuan Frankfurter Lembu: Daging Lembu, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung Terubahsuai dan Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa (E450,E451,E452), Pewarna dan Pengawet Makanan (E250, E252) yang dibenarkan.


Ayam Goreng


Ramuan Kepak Ayam:
 Bahagian Kepak Ayam, Minyak Sayuran, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan.
 

Ramuan Ayam Goreng:
 Bahagian Ayam, Minyak Sayuran, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan.






3 comments:

  1. Alhamdulillah kerana keperihatinan tuan utk produk2 makanan halaalan thoyyiba

    ReplyDelete
  2. Saya ingin tahu kenapa produk ramly tidak menggunakan logo halal jakim yg diiktiraf berwarna hitam?

    ReplyDelete
  3. WinStar World Casino - JAMH
    Welcome 원주 출장마사지 to the WinStar 동해 출장샵 World 창원 출장안마 Casino in Las Vegas, Nevada. Enjoy the casino's 25000 square foot gaming 경주 출장안마 floor with over 상주 출장샵 2,100 slot machines and 70 table games.

    ReplyDelete